Saturday, June 11, 2011

PaBiLa KiJanG MeRah BeRteMu PenYU HiTam-PuTih

Haih, kali ini kita tukar versi Bahasa Melayu ++ Bahasa Kelantan ya.

Dan saya mahu beralih topik seketika pada al-kisah yang tengah HANGAT sekarang ini, perlawanan Akhir Piala FA, yang menemukan Kelantan dengan Terengganu, yang berlaku pada malam semalam (11 Jun 2011), bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 11.40 malam dek masa tambahan.




Pada mula nya, agak sadis juga pabila mengenang diri menonton seorang diri di warung berdekatan dengan bilik sewa. Hanya bertemankan Sony Ericson K770i, boleh la ber'mesej-mesej', hilang la juga terasa keseorangan menonton perlawanan tersebut. (Terima kasih illy!!! Hehehe....)

TETAPI!!

Kembali bersemangat, melihat penyokong Red Warrior memenuhi hampir 3 per 4 dalam Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur!!! Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga ada di sana. 
Wah! Memang meriah sekali!!



Walaupun begitu, sokongan penonton yang ramai dan gol pertama yang diperolehi oleh Red Warriors pada masa ke-2 permainan tidak dapat menyaingi peluang dan tuah yang ada pada pasukan Terengganu. Diakhir perlawanan Piala FA, pasukan Terengganu berjaya menundukkan Red Warriors (Kelantan) dengan gol 2 berbalas 1. 

Sungguh pun agak kecewa dengan kekalahan, tetapi perlawanan yang dipersembahkan oleh kedua-dua pihak amat hebat dan hangat! Dua-dua pasukan sama-sama hebat, cuma takdir sudah ditentukan yang Kelantan kalah pada tahun ini.

Kepado Red Warrior (Kelantan),

Jange kecik hati, jange putuh aso! Ambek kekalohae ni wak naek semangak sek-sek kito ntuk perlawanae hok laeng plok. Ntuk Daudsu, jange lemoh semangak la deh. Klu buke demo wak gol sendri tu, bola tu meme nok masuk doh pong. Tamboh-tamboh ado 2 ore lagi player Ganu duk dekak2 ngan gol tu. 
So, gano-gano pong maghi kito wak naek semangak sek-sek kito!

Gomo Kelate Gomo!!!
 

No comments:

Post a Comment